Hai!
Alhamdulillah, hari ni sudah sampai ke 19 Ramadhan kan. Cepatnya masa berlalu, nda lama lagi ramadhan akan meninggalkan kita kan, sayu sedih pula rasa di hati..to be honest, ramadhan kali ini adalah yang terbaik bagi saya setelah 24 tahun hidup di bumi Allah ini..sungguh kerdilnya saya..
okeh, kali ini saya mau kongsi siiiikit cerita dan apa yang saya dapat hari jumaat yang lepas bersamaan 17 ramadhan, bersempena dengan peristiwa Nuzul Al-Quran yang mana merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Subhanallah, hari yang sangat baik kan..hari Jumaat dan 17 Ramadhan, hari peristiwa nuzul Al-Quran..subhanallah
baiklah, hari baik hari Jumaat yang lepas kan, saya hadir majlis Talk kunfayakun bersama Farah Lee sana USIM Nilai, kebetulan dekat jak ngan office..so, saya dengan rajinnya datang la..yalah, sapa mau lepaskan peluang berjumpa dengan Farah Lee kan, selama ni saya nampak dia d fb jak selalu, nampak d youtube and kali ini saya berpeluang jumpa dia face-to-face, alhamdulillah..syukur Allah bagi peluang, sebenarnya saya sangat suka dia! yayyyyy! hihii..
Sepanjang majlis itu kan, saya tidak sedar pun masa 12.30 - 2.30 tu bejalan..rasa macam seminit dua jak o..syukur Allah buat saya rajin pegi walaupun curi masa bekerja sejam! opsss
baiklah..banyak sudah membebelkan..apa kata kita mulakan bicara kita yang sebenar...
Bismillahirrahmanirrahim,
sebenarnya kan, dari apa yang saya dapat dalam majlis tu..jalan cerita hidup kami 'hampir' sama cuma dia lebih la dari segi akademik, kekerasan hati dia dan keluarga dia lagi ok kot.hee dia pernah ada masa lalu yang agak kelam seperti saya juga..masa lalu yang nampak dekat kepada Tuhan tapi sebenarnya jauh, betapa hipokritnya saya, betapa sombongnya saya terhadap Tuhanku...dosa besar jangan cakaplah, solat pun buat sesuka hati, lambat-lambat walaupun hati tu memberontak.."p solat, p solat" tapi degil juga, sengaja melambat-lambatkan solat, kadang-kadang tu pura-pura lupa..ish..teruknya
Dulu, form 1 masuk sekolah agama tapi pindah sekolah biasa sebab tidak suka dengan peraturan sekolah yang ketat sana sini..dalam hati cuma mahukan kebebasan sahaja...tapi masa tu nakal saya cuma pada suka escape study petang dan p cari makanan d luar asrama..especially MEE SUP macik kg. paka 2, ni masa masuk asrama form 4 d smk mat salleh dulu...sanggup panjat pagar asrama, menyelusup bawah longkang kering semata-mata mau keluar cari MEE SUP macik! ish ish ish...itu kenakalan ringan saja..tapi bila dekat2 form 5 tu, pandai sudah bekawan dengan lelaki..ok! sesi cinta munyit bermula...ha ha ha insaf, insaf...
Farah Lee pulak, dulu dia memang mengaku islam, mengaku yang Allah itu ada cuma tidak mengamalkan cara hidup islam yang sebenar..dan memang ini sebijik macam masa lalu saya la..mengaku islam tapi tidak mengamalkan cara islam itu dalam hidup..astaghfirullahalazim bebas berkawan dengan lelaki yang bukan muhrim, tidak menutup aurat..bukan lagi tidak menutup aurat dengan sempurna tapi memang TIDAK menutup aurat..hmmm lemahnya iman..tahap zero..ish ish ish....walaupun dulu kami bebas bergaul TETAPI bukan bercinta terus dengan mereka, kawan jak tapi tu la, pemikiran orang, bila nampak rapat sikit, terus ingat 'couple' leteww..hmm
Lagi satu, farah lee ni walaupun dulu nampak saja 'rock' gitu, belasah jak cara hidup bebas tapi tidak la keterlaluan, setakat remaja yang sukakan kebebasan..kan! tapi dia sebenarnya suka hadir kalau ada majlis-majlis agama, usrah fitrah begitu tapi tidak suka kalau kena push push hadir..ya Allah, satu lagi persamaan kami! memang suka datang majlis-majlis agama tau, usrah-usrah gitu, hadir qiamullail sampai pernah tidur sama-sama dengan kakak-kakak tudung labuh d masjid, hebak tak hebak d situ, semuanya dengan rela hati tapi tu la...kalau ada kehadiran 'wajib' gitu, push push lagi, kena paksa pulak mengeluarkan ceramah dan idea kepada kawan-kawan yg lain, adoiii itu la part yang paling saya anti tau, paling dislike! kamu pun nda suka dipaksakan? ye dok..sebab tu masa study u dulu, kurang sudah join usrah, sebab mesti dorg suruh 'berucap'..apa lagi lebih memilih 'escape' la jawabnya..hihii
Begitulah sedikit sebanyak persamaan saya dengan cerita hidup farah lee itu, ya Allah..tambah-tambah saya suka dia..hiks owh, ada lagi persamaan kami!
bab kahwin! owh mann..part paling likes sejuta ok..bhahahaa saya pun nak kawennnn! tapiiii....sabar menunggu saat itu ya Rabb..semoga terhindar dari fitnah dunia..inshaAllah tahniah! farah lee sudah berjaya.....*pasrah
Baik lah, habis cerita pasal diri sendiri dan masa lalu..sekarang isi penting pulak!
saya sangat tertarik dengan cara dia berhijrah sebenarnya..daripada seorang yang "huhaa huhaa" kepada seorang yang seperti kita lihat sekarang..alhamdulillah semoga istiqamah..
"berhijrahlah secara sederhana, kuatkan dalaman sendiri dahulu, cari ilmu sebanyak mungkin..perbaiki diri, tegur diri sendiri dulu sebelum memperbaiki orang lain..senangkan hati kedua orang tua, (penting, redha ibu bapa itu redha Allah), carilah keredhaan Allah, ikhlaskan hati..hidayah itu perlu dicari, bukan dinanti..." okeh..saya suka ayat dia ini...inshaAllah, hijrah perlahan-lahan..semoga selamat
berusaha walaupun masih merangkak-rangkak but i very the love my 'hijab style' yang ringkas itu..hikhiks semoga istiqamah
:)