Assalamualaikum w.b.t dan salam kegembiraan :D
Hari Selasa ni bermula 1 Rejab, jadi malam ini (Isnin) adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.
Jadi, malam ini perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Istighfar yang paling baik sekali adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam.. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.
"Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tidak ada Ilah yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau-lah yang telah menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu, aku ada dalam perjanjian-Mu dan janji-Mu, dengan segenap kemampuanku, aku berlindung diri kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat, aku mengakui kepada-Mu Akan nikmat-Mu yang Kau berikan kepadaku, dan aku mengakui akan dosaku, maka ampunilah aku sebab sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau”. ( Al-Ma'tsurat )
::: PERINGATAN :::
Ibnu Hajar Al-'Asqalani r.a: "Tidak terdapat hadith sahih yg boleh dijadikan hujah berkenaan keutamaan bulan Rejab,puasa Rejab,puasa hari-hari tertentu dlm bulan rejab dan qiamullail khusus dlm bulan Rejab. Sebelumku perkara ini telah dipastikan oleh Al-Imam Abu Ismail Al-Harawi Al-Hafiz" -(Tabyin al-'Ujab bi Ma Wurida fi Fadhl Rajab, Dar Al-Kutub Al-'Ilmiyah, Beirut, 1988,ms.11
P/S : Hamba bukan dari sebarang hamba yg berhati mulia dan alim dan mari dari golongan suci bersih jiwa dan raga, namun mencoba untuk memperbaiki 'kejajalan' d situ. Sekadar perkongsian, semoga menjadi ilmu yang baik untuk kita. Bak kata 'Oh My English', keep trying to be a better person in future. Islam itu mudah dan indah.. :) Tapi kan, kenapa itu kulunel begerrrr semakin kicil saya lihat dari hari ke hari ah. Adakah
KEPSI itu cut cost or saya yang semakin 'berselera' sehingga tidak cukup 1 bijih begerrr itu?? beralih kepada begerrr lain tidak pula mahu...tatap mahu kulunel yg comel itu.heheheee....eh! kurual tajuk pula.ehe..mahap mahap...gegegegegeeeee...............................Renung2kan dan selamat beramal :)