Saya sangat tertarik dengan entry Uztaz Love ni la Ustaz Luv2 .. dia cerita pasal Niat tidak menghalalkan cara...ayat yg selepas ni antara entry yang saya 'cut' a.k.a kopi2 dari dia..hehe
"Dalam hal berkaitan niat, perlu difahami bahawa setiap sesuatu itu akan dikira daripada niatnya.. Jika sesiapa berniat untuk melakukan kebaikan (niat nak bersedekah ke, nak bangun tahajjud ke dsb), maka dia telah memperolehi pahala.. walaupun belum melakukan kebaikan tersebut.. Jika dia berniat untuk berbuat baik, dan melaksanakan amal kebaikan itu.. baginya 2 pahala.. iaitu pahala niat nak melakukan amalan baik dan pahala melakukan amal kebaikan.."
"Berbeza dengan niat melakukan kejahatan.. Jika berniat nak buat jahat, maka niatnya itu tak mendatangkan dosa.. Jika beliau melakukan kejahatan yg diniatkan itu, maka baginya 1 dosa.. iaitu dosa amal kejahatan itu saja.. dan niatnya nak buat jahat itu tak dikira.."
"Pun begitu, jika berniat nak melakukan kebaikan, tetapi caranya itu tak menepati syariat, maka ia tidak bertepatan dengan konsep niat yang baik.. Seperti Robin Hood yang merampok daripada orang kaya dengan tujuan untuk menolong orang miskin.. Niatnya nak menolong orang baik itu adalah baik, tetapi perbuatannya merampok itu adalah perbuatan jahat.. Maka baginya adalah dosa kerana melakukan perampokan.."
Kita jangan menyusahkan apa yang dimudahkan dalam agama.. jangan memahami hadis dan ayat al-Quran mengikut selera kita.. tidak semestinya apa yang logik bagi kita, maka ianya adalah kehendak agama.. dan begitu juga sebaliknya.....
Kata Saidina Ali r.anhu “Kalaulah agama itu boleh difikirkan secara logik akal semata2, nescaya aku disuruh untuk menyapu khuf (kaedah mengambil wuduk jika memakai stokin / kasut kulit) di bahagian bawah.. dan bukan di bahagian atas”.. Sedangkan dalam bab mashul khuffain (مسح الخفين) yang disuruh untuk disapukan air adalah pada bahagian atas..
Dan bila fikir-fikir balik kesah real hidupku..selepas direnung-renung sekali dan beberapa kali...hmm ya...i admit it..i made a mistake di situ..memang patot le gue dibagi ujian sebegini...(sungguh menyesal dan melutut muhun ampun)..(owh..sungguh berdosanya diri ini)..walaupun TIADA NIAT untuk 'tutuuttt' tetapi CARA di situ boleh disalah tafsir..biar la cerita ini kekal dalam ingatan untuk pengajaran di masa akan datang... ^^
Yang penting diri ini tidak pernah mendua dan hati tetap dimiliki pada yang satu walau 1 2 yang datang mengetuk pintu rumah hati datin ini (dengan izin-Nya)...cuma caraku ada kesilapan teknikal 'sangat banyak' di situ....dan kesalahtafsiran beliau...peace!!
Doaku sentiasa ada untuk kamu..ampun mahap segala kekhilafan..walau jauh kau pergi berlayar merentas hutan-hutan sekitar gunung kinabalu menuju kota kinabalu...tempat kita tetap sama..di bumi Allah jua..selamat berbahagia dalingku..nanti naik pelamin jangan jemput saya..kunun la kan...terima kasih manyak-manyak punya :)
::::trip paling tabah tapi hati hanya Tuhan yang tahu::::




0 007 Sang Pojaanku Mari:
Post a Comment
Tengkiuh! ;))